datang pulak mood rajin nak wat apam gula hangus untuk minum petang..tapi apam ni Tuya wat versi bakar..nengok gas mcm x bape nak sempat je kalau dikukus..
meh Tuya kongsi resepi..
Bahan2nya:
- 4 biji telur
- 2 cawan gula pasir
- 1 cawan air
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 sudu teh soda bikarbonat.
- 1 3/4 cawan tepung gandum.
- sedikit garam
- Cara2 :
- 1 cawan gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan 1 cawan air. Sejukkan.
- Pukul telur dan gula 1 cawan sampai kembang dan naik.
- Masuk tepung yang sudah diayak bersama soda bikarbonat dan garam, Kacau rata.
- Masuk minyak, kacau rata.
- Akhir sekali masukkan gula yang telah disejukkan tadi.
- Tuang adunan dalam loyang atau periuk lubang
- Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik macam buat kuih lompang-kalau sukalah
- Bakar atau kukus suka hati.- Tuya bakar pada suhu 170C selama 45minit, ikut oven masing2 ye..
No comments:
Post a Comment