Saturday 31 December 2011

-order citat

order dr kazen Tuya..
nak makan cistat blueberry ngan strawberry..
yummy!!Thanks Maz coz order..

Tuesday 20 December 2011

-apam n puteri ayu



order dr sepupu..
nak bawa bekal bfast utk perjalanan jauh..
nak ngantar org kawin ke Pahang..
subuh2 dah nak siap..jadinya kena la Tuya bangun kul 4 pg ..
thanks for order yer..

Saturday 10 December 2011

-order



ni cite order utk weekend..
musim2 hujan ni kan,ade je la order dr kawan2 yg nak wat minum petang..



apam polka dot pink order dr cik Ani..


kek pisang gebu order dr jiran mak..Cik Ra..


ni plak,bukan order dr sape2..
Tuan belog yg saja wat utk minum petangnya..
sedap!!!


Wednesday 7 December 2011

-apam polka dot


lama dah x update..sepanjang Tuya x update ni,mmg rezeki berdapur kat Mersing la agaknya..sangat2 penuh bz ngan tempahan apam polka dot..
macam2 warna Tuya wat..intinya selalunya costumer req kaya,kacang merah,kelapa,blueberry n coklat..
nak kata dalam 2 minggu tu tetiap hari mengapam..
sampai berpinau mata ni ha..
ape2 pun rezeki kan..
pada sesiapa yang teringin nak merasa apam gebu gebas Tuya ni,boleh la bgtau Tuya..
harganya 50 biji rm15 sahaja..
selamat mencuci mata ngan segala warna yang ada..

pink putih


kuning oren


pink biru


hijau putih 


oren putih


coklat putih


hijau lagi


pink,biru n putih


Friday 14 October 2011

-Bersawang Dapur Tuya

Assalam sume..bersawang bagai dah dapur Tuya ni..lama sangat tinggalkan x berasap..bukan ape,Tuya sibuk menguruskan hal pindah memindah ni..Tuya dah pindah Johor.lepas ni dapur Tuya pun kat Johor le ek..

hehehhe,insyaallah,lepas2 ni Tuya akan update n share resepi2 n juadah2 yg Tuya wat..

see u soon!!

Friday 5 August 2011

-Pra Kuih Raya

lama dah x menjenguk kat rumah hijau ni..selamat berpuasa untuk kawan2..time2 puasa ni la banyak masa terluang kan..permintaan untuk kuih raya pun banyak..Tuya pun ade la wat 2,3 jenis sample utk kuih raya tahun ni..jom tgk..

 popia mini

  
 almond london

tart nenas

Sunday 17 July 2011

-blueberry cheese tart


order dari kenalan facebook..nak 150 biji blueberry cheesetart..

-coklat cupcakes



minggu lepas punya order ni..baru ade masa nak upload..order dr jiran Tuya yang sambut birthday anak dia..nak cupcake coklat..

Friday 1 July 2011

-kek hantaran [kek coklat kukus]



kek hantaran tema pink yang jiran Tuya tempah untuk hantaran kawin adiknya..puas jugak perah idea..terhasil la begitu rupanya..tq kak Wati..

Wednesday 29 June 2011

-coklat cupcake



coklat cupcake buat untuk anak2 murid tuisyen Tuya..wat cumil2 bg deorg semangat nak study..

-Kek coklat kukus



-kek coklat kukus order dari adik ipar..selamat dah sampai kat tuannya..hehehe..

Thursday 23 June 2011

-coklat chip yogurt mufins!!

wat minum petang muffin ni..sedap sangat..moist walaupun di bakar..di buka untuk tempahan..

Tuesday 21 June 2011

-apam gula hangus


datang pulak mood rajin nak wat apam gula hangus untuk minum petang..tapi apam ni Tuya wat versi bakar..nengok gas mcm x bape nak sempat je kalau dikukus..

meh Tuya kongsi resepi..

Bahan2nya:
  • 4 biji telur
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 3/4 cawan tepung gandum.
  • sedikit garam
  •  Cara2 :
  • 1 cawan gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan 1 cawan air. Sejukkan.
  • Pukul telur dan gula 1 cawan sampai kembang dan naik.
  • Masuk tepung yang sudah diayak bersama soda bikarbonat dan garam, Kacau rata.
  • Masuk minyak, kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan gula yang telah disejukkan tadi.
  • Tuang adunan dalam loyang atau periuk lubang
  • Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik macam buat kuih lompang-kalau sukalah
  • Bakar atau kukus suka hati.- Tuya bakar pada suhu 170C selama 45minit, ikut oven masing2 ye..
 

-Kek coklat


kek yang sangat2 la menggoda..sampai x sempat nak deco dah pun di potong..igtkan nak wat kek Father's Day untuk my roomate,tapi dia dah minta nak rasa dulu...

Thursday 16 June 2011

-muffin lagi


demam muffin..buat lagi untuk minum petang n untuk bebudak tuisyen..nnti Tuya bg resepinya ye..

Wednesday 8 June 2011

-Muffins





semalam Tuya try nak wat muffins..first time ever..menjadi..muffins oren..sedap..gebu..

Monday 6 June 2011

-apam dot dot


apam dotdot inti blueberry di tempah oleh akk tgkat bawah rumah Tuya ni.nama dia x tau..hehehhe..sbb dikenalkan oleh jiran Tuya..dia nak warna peach ngan biru..

Sunday 5 June 2011

-Red velvet



kek red velvet ni Tuya wat utk birthday adik ipar Tuya..sedap n kaya ngan rasa cheese!!

Thursday 19 May 2011

-Apam Mekar


apam mekar yang x bape nak mekar..dia nye pecah tu x bape nak kembang..malu2 je kan..sedap,manis je..

jom share resepi ..

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )
  • 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
selamat mencuba!!!

Sunday 15 May 2011

-Coklat Cupcake Pertunangan


order dr kawan lama utk majlis pertunangan anak sedaranya.tema merah putih.failed betul tang tulisan tu..takpe,practice make perfect..heheheh.. harap2 deorg puas hati yer..tq order..

Saturday 30 April 2011

-Kek red velvet


ni order dr kawan sekolah Tuya..Fara n Kakcik..
Fara order kek red velvet utk annivesary dia yang ke 6..
kakcik lak order cistat inti campur2 100 biji..nak bawa balik kg dia kata..
tq..

-My Birthday Cake




semalam,sempena birthday,Tuya wat le kek sendiri..1st trial utk wat cotton cheese cake..letak blueberry topping ngan anggur..testing kan..hasilnya sangat2 memuaskan..sedap!!!!nak2 kalau makan waktu sejuk..wallllaaa!!!!