Tuesday, 1 March 2011

-Resepi tart Telur


sebab ramai jugak la kawan2 yang bertanya tentang resepi tart telur ni,Tuya dengan sukacitanya nak berkongsi resepinya..

try la buat,Insyaallah..mesti jadi..kalau x jadi tu,boleh la order ngan Tuya..hehehheh..



shell tart :

250gm mentega
125gm gula halus
sebiji telur ayam
tepung gandum

putar mentega dan gula sampai kembang.
masukkan telur putar sekejap sampai sebati...
then masukkan tepung gandum sampai boleh uli..
lepas dah uli agak2 x keras n x lembik,bleh la masukkan tepung tu dalam acu tart tu..agak2 dalam 1cm tebalnya..
lepas dah terap dalam acuan tu,cucuk tepung dalam acuan tu guna garfu..
**bakar mengikut kesesuaian oven masing2..Tuya selalu bakar 160c dalam sepuluh minit..


bahan filling telur :

1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil vanilla
pewarna kuning

**campur sume bahan tu,gaul sebati kak..pastu  tuang dalam tart shell..bakar dalam 10 minit lg @ sampai nampak intinya dah masak..

siap!!!!

No comments: