Wednesday 23 March 2011

-Pandan Layer Kek @ Kastard Pandan



 fresh kuor dr esbok..

 
ni Tuya tepek butercream..bg bebudak tuisyen makan..baru la best ade icing2 bagai kan..heheh


ni yang di tabur kelapa kering..mcm x bape nak menarik..


taraaaa!!!setelah asik tertunda2 je nak wat kek ni atas sebab yg x dapat di elakkan,finally jadi jugak..semangat wat sebab HIJAU..i like!!

okeh,jangan banyak pantun,sape2 nak try wat,jom salin resepi..

sbiji kek span @ :

150g tepung
150g gula kastor
5 biji telu
1 sudu besar ovellete
80ml air daun pandan
80ml minyak masak
1sudu kecil pes pandan
1sudu kecil serbuk penaik
sedikit pewarna hijau

cara :
-satukan gula,ovellete,tepung,serbuk penaik dan telur.pukul sehingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan maximum..
-setelah sebati masukkan air pandan,pes pandan dan pewarna
-pukul lagi hingga adunan menjadi riingan
-tuang minyak dan gaul dengan senduk adunan td hingga sebati
-griskan bawah loyang dan alaskan ngan kertas minyak..[x yah griskan tepi loyang]
-bakar pada suhu 150c-180c selama 45 minit

**bila dah siap bakar,biarkan 5 minit dalam oven.bg dia rehat jap,pastu x nak kek kita tu mendap tengah2 lepas kuorkan dr oven tu terbalikkan loyang atas redai..biarkan sampai sejuk,dia akan jatuh sendiri atas redai.


ni rupa bentu kek sepan Tuya..seeeeeeeeee



-potong mendatar  kek td pd dua @ 3 bahagian..

Tuya wat 3 bahagian..begitu  rupa bentuknya..

bahan kastard pandan 

bahan A :
180g gula kastor
500ml air daun pandan
1 sudu agar2 serbuk


**sume bahan A tu masukkan dalam periuk,masaka atas api hingga mendidih

bahan B :
400ml santan pekat
85g tepung hoen kwee
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam

**satukan semua bahan B ni..


ni rupa bentuk tepung Hoen Kwe tu..g cari kat kedai..

cara :
 -masukkan bahan B kedalam bahan A yg tengah mendidih tu.kacau atas api sederhana hingga pekat dan mendidih.
-bile dah masak n pekat kastrad td,tutup api dan biarkan suam seketika.

UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:-

Gunakan loyang yg wat kek span td @ ape2 loyang yang muat ngan kek tu. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.

2. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.kalau nak deco ngan buttercream pun boleh.

*Tak susah keluarkan kek ni bila ia benar-benar sejuk dan kastard telah kental. Ia akan lekang dengan sendirinya dari dinding loyang sekiranya terletak dalam posisi mengiring.

3. Bahagian yg berkastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..

4. Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan...

jangan tensen2 bila nampak ayat berjela2 sampai lapan lapis,sbb buatnya senang..ayat panjang2 mcm ceramah bebas tu sbb nak memahamkan kita sume ye..selamat mencuba kawan2..


**sumber resepi Tuya dapat dr internet,kawanFb n blog..

No comments: