Thursday 31 March 2011

-Kek Coklat Tanpa Telur

ni pojek petang semalam..bosan2 x de ape nak di buat,datang lak idea nak mencuba resepi kek ceklat tanpa telur yang dah lama di salin tapi x pernah buat..

simple sangat..rasanya sape2 yg baru cuba nak membaking pun dah leh wat.jom tgk bahan2 yang very the simple..cara buat dia lg la super senang..sape2 yg x makan telur,harus mencuba resepi ni..

Bahan :

1 cawan tepung gandum*
3 sudu besar serbuk koko*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil baking soda*

1cawan gula
1/2 sudu kecil garam

1/3 cawan minyak masak
1 sudu besar cuka
1 cawan air [tuya tukar pd susu segar]

Cara:
-ayakkan sume bahan bertanda *.
-campurkan gula,garam ke dalam bahan ayak td.
-kemudian masukkan minyak masak,cuka dan air / susu segar td.
-kacau hingga sebati.

-masukkan dalam paper cup atau bekas yg korg suka,bakar selama 15 minit utk adunan dalam paper cup..30 minit utk dalam bekas lain..Tuya nye oven 150c..
-Tuya wat dalam paper cup kecik2 tu dapat 30 biji.
-hiaskan kek ceklat td ngan buttercream atau coklat yg di cairkan.

try la..x susah pun tau..

Wednesday 23 March 2011

-Pandan Layer Kek @ Kastard Pandan



 fresh kuor dr esbok..

 
ni Tuya tepek butercream..bg bebudak tuisyen makan..baru la best ade icing2 bagai kan..heheh


ni yang di tabur kelapa kering..mcm x bape nak menarik..


taraaaa!!!setelah asik tertunda2 je nak wat kek ni atas sebab yg x dapat di elakkan,finally jadi jugak..semangat wat sebab HIJAU..i like!!

okeh,jangan banyak pantun,sape2 nak try wat,jom salin resepi..

sbiji kek span @ :

150g tepung
150g gula kastor
5 biji telu
1 sudu besar ovellete
80ml air daun pandan
80ml minyak masak
1sudu kecil pes pandan
1sudu kecil serbuk penaik
sedikit pewarna hijau

cara :
-satukan gula,ovellete,tepung,serbuk penaik dan telur.pukul sehingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan maximum..
-setelah sebati masukkan air pandan,pes pandan dan pewarna
-pukul lagi hingga adunan menjadi riingan
-tuang minyak dan gaul dengan senduk adunan td hingga sebati
-griskan bawah loyang dan alaskan ngan kertas minyak..[x yah griskan tepi loyang]
-bakar pada suhu 150c-180c selama 45 minit

**bila dah siap bakar,biarkan 5 minit dalam oven.bg dia rehat jap,pastu x nak kek kita tu mendap tengah2 lepas kuorkan dr oven tu terbalikkan loyang atas redai..biarkan sampai sejuk,dia akan jatuh sendiri atas redai.


ni rupa bentu kek sepan Tuya..seeeeeeeeee



-potong mendatar  kek td pd dua @ 3 bahagian..

Tuya wat 3 bahagian..begitu  rupa bentuknya..

bahan kastard pandan 

bahan A :
180g gula kastor
500ml air daun pandan
1 sudu agar2 serbuk


**sume bahan A tu masukkan dalam periuk,masaka atas api hingga mendidih

bahan B :
400ml santan pekat
85g tepung hoen kwee
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam

**satukan semua bahan B ni..


ni rupa bentuk tepung Hoen Kwe tu..g cari kat kedai..

cara :
 -masukkan bahan B kedalam bahan A yg tengah mendidih tu.kacau atas api sederhana hingga pekat dan mendidih.
-bile dah masak n pekat kastrad td,tutup api dan biarkan suam seketika.

UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:-

Gunakan loyang yg wat kek span td @ ape2 loyang yang muat ngan kek tu. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.

2. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.kalau nak deco ngan buttercream pun boleh.

*Tak susah keluarkan kek ni bila ia benar-benar sejuk dan kastard telah kental. Ia akan lekang dengan sendirinya dari dinding loyang sekiranya terletak dalam posisi mengiring.

3. Bahagian yg berkastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..

4. Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan...

jangan tensen2 bila nampak ayat berjela2 sampai lapan lapis,sbb buatnya senang..ayat panjang2 mcm ceramah bebas tu sbb nak memahamkan kita sume ye..selamat mencuba kawan2..


**sumber resepi Tuya dapat dr internet,kawanFb n blog..

Tuesday 15 March 2011

-Bingka Labu



pojek makan petang hari ni kawan2..nak kata bingka labu pun bukan,puding labu lagi la bukan..lebih kurang mcm kuih bakar tu la kot..tapi ni labu version..labu yang ado baki masak tengahari semalam..nak resepi?meh salin..

lembut je dalamnye..x caya cuba la..


bahan :
400 gm labu
*4 biji telur
*100ml air
*200ml susu segar /santan
*100gm tepung gandum
*100gm gula perang
*1/2 sudu kecil garam
*1 sudu kecil esen vanila

cara :
rebus @kukus labu sampai lembut.sejukkan dan lenyek sampai hancur dan halus.
dalam bekas lain campurkan sume bahan bertanda *.kacau sampai sebati.
tapis n tuang dalam labu yang dah dilenyek td.
lengserkan loyang dengan majerin dan tabur sket tepung.
bakar dengan kepanasan oven 100c selama 40 minit.[kalau mcm x masak lagi tambah masa ikut kesesuaian oven masing2]Tuya wat 150c selama 1 jam..

selamat minum petang..heheheh

Friday 11 March 2011

-kek karemal

hari ni mood nak membaking sangat2 excited..nak try kek karemel..memula wat tu mcm x confident,tah jadi ke tak kan..bila ikut step by step,alhamdulillah..jadi pon!!!2 thumbs up utk Tuya..yeay!!sedap jangan cakap la..cair dalam mulut karemalnya..keknya pulak,lembut sangat!!!!


sebelum di bakar..layer2 kan dulu..


sedang di bakar..naik gebus!!!

bila dah bunyik Ting!!!!oven tu,buleh la angkat n sejukkan..


lepas 10 minit,boleh kuorkan kek tu dr loyang..

lepas disejukkan dalam esbok selama 1 jam..potong dan sedia utk di makan..nyum!!nyum!!!sedap..


tempahan di alu alukan..

Thursday 10 March 2011

-kek lapis coklat




kek lapis cheese..saja nak wat lapis banyak2 mcm ni..cantik pulak kan..Eri addict dah dengan kuih ni..dia bawa g opis,sekejap je habis..

Tuesday 8 March 2011

-Red velvet Cake


percubaan pertama Tuya wat kek Red Velvet..senang tapi kena teliti..patut la mahal pun kalau kat kedai kek tu..percubaan yang sangat sucsess cuma deconya je la berterabur sket sbb x cukup frosting cheese..ape2 pun sedap!!!!

Sunday 6 March 2011

-Tester






brownis cheese kukus.. ni pojek Tuya petang semalam..sebelum nak wat utk org order harus la kita test sendiri dulu kan..wat pun separuh adunan..tapi sedap nya Ya ampun!!!!sape2 nak rasa meh la order ngan Tuya..hehehhe

 ni lak cistat tester utk bg kat Iza..lama dah dia minta,baru Tuya bg malam td..sedap jugak katanya..alhamdulillah..

Saturday 5 March 2011

-order dr Maiza


kek coklta moist,order dr Maiza Sentul..nak celebrate birthday anak sedara n boyfriend dia..tapi Tuya ni dok ingat nama Faris je..dah nama anak kan,igt tu je la..lupa sepatutnya ada 2 nama kat kek tu..tertingal nama Farid..sudahnye selitkan je la kat mana2 je,sampai senget..thanks maiza order ngan Tuya..

Tuesday 1 March 2011

-Resepi tart Telur


sebab ramai jugak la kawan2 yang bertanya tentang resepi tart telur ni,Tuya dengan sukacitanya nak berkongsi resepinya..

try la buat,Insyaallah..mesti jadi..kalau x jadi tu,boleh la order ngan Tuya..hehehheh..



shell tart :

250gm mentega
125gm gula halus
sebiji telur ayam
tepung gandum

putar mentega dan gula sampai kembang.
masukkan telur putar sekejap sampai sebati...
then masukkan tepung gandum sampai boleh uli..
lepas dah uli agak2 x keras n x lembik,bleh la masukkan tepung tu dalam acu tart tu..agak2 dalam 1cm tebalnya..
lepas dah terap dalam acuan tu,cucuk tepung dalam acuan tu guna garfu..
**bakar mengikut kesesuaian oven masing2..Tuya selalu bakar 160c dalam sepuluh minit..


bahan filling telur :

1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil vanilla
pewarna kuning

**campur sume bahan tu,gaul sebati kak..pastu  tuang dalam tart shell..bakar dalam 10 minit lg @ sampai nampak intinya dah masak..

siap!!!!

-Kek coklat n apam blossom

kek ni order dr iza..birthday dia yang ke ??rahsia..x nak terlalu crowded ngan deco,tapi sebab iza ni orangnye ceria,tu sebab Tuya letak bintang2..heheheh.

ni pulak order 50biji apam blossom dari kawan FB..tema pink putih..