Tuesday, 15 March 2011

-Bingka Labu



pojek makan petang hari ni kawan2..nak kata bingka labu pun bukan,puding labu lagi la bukan..lebih kurang mcm kuih bakar tu la kot..tapi ni labu version..labu yang ado baki masak tengahari semalam..nak resepi?meh salin..

lembut je dalamnye..x caya cuba la..


bahan :
400 gm labu
*4 biji telur
*100ml air
*200ml susu segar /santan
*100gm tepung gandum
*100gm gula perang
*1/2 sudu kecil garam
*1 sudu kecil esen vanila

cara :
rebus @kukus labu sampai lembut.sejukkan dan lenyek sampai hancur dan halus.
dalam bekas lain campurkan sume bahan bertanda *.kacau sampai sebati.
tapis n tuang dalam labu yang dah dilenyek td.
lengserkan loyang dengan majerin dan tabur sket tepung.
bakar dengan kepanasan oven 100c selama 40 minit.[kalau mcm x masak lagi tambah masa ikut kesesuaian oven masing2]Tuya wat 150c selama 1 jam..

selamat minum petang..heheheh

No comments: